Home Artikel Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

1684
0
Penilaian Celik Digital Penjawat Awam
Penilaian Celik Digital Penjawat Awam, Salah satu inisiatif MyDIGITAL di bawah Kluster Kerajaan adalah untuk merealisasikan aspirasi 100 peratus penjawat awam mencapai tahap celik digital menjelang tahun 2025.
Aspirasi yang sama turut ternyata dalam Bidang Keutamaan A Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), di bawah Strategi A1 Mentransformasi Perkhidmatan Awam.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Penilaian Celik Digital Penjawat Awam. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Celik digital merupakan keupayaan seseorang untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat melalui platform digital (Wikipedia).
Secara khusus, ia adalah kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan komputer dan Internet dalam kehidupan seharian, dalam pekerjaan dan juga pembelajaran (Northstar Digital Literacy).
Celik digital di kalangan penjawat awam adalah keupayaan untuk capai (access) dan guna (use) platform digital dalam urusan pekerjaan seharian.
Capai (access) ialah keupayaan atau kemahiran untuk mencapai (access) maklumat secara digital menggunakan peralatan ICT manakala guna (use) ialah keupayaan dan kemahiran untuk menggunakan maklumat dan teknologi digital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Celik digital di kalangan penjawat awam merupakan salah satu sasaran di bawah Teras 1, Strategi 3, Inisiatif 7 (Membangun Dan Meningkatkan Kemahiran Digital Penjawat Awam untuk Semua Gred dan Skim) dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).
Program Celik Digital mempunyai dua (2) peringkat:
i) Membuat penilaian tahap kematangan celik digital penjawat awam terlebih dahulu melalui platform celik digital ( https://www.celikdigital.gov.my )
ii) Memastikan penjawat awam menghadiri kursus/latihan yang diperlukan
Sasaran yang telah ditetapkan ialah 100% penjawat awam celik digital pada tahun 2025.
Setiap penjawat awam perlu melaksanakan penilaian melalui platform celik digital hanya sekali. Cadangan kursus/latihan yang perlu dihadiri akan terus dimaklumkan kepada individu.
Elemen yang diuji:

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Penilaian melibatkan 50 soalan yang perlu dijawab secara atas talian/online dalam masa 2 jam. Sekiranya tuan/puan terpaksa berhenti disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan atau talian internet terputus, tuan/puan boleh log in semula dan sambung menjawab soalan seterusnya dengan baki masa yang ada.

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam 2