Secara umum, Senarai Kandungan Fail Panitia mempunyai 10 fail utama iaitu Fail Induk, Fail Sukatan Pelajaran, Fail Mesyuarat Panitia, Fail Program Kecemerlangan, Fail Peperiksaan, Fail Penyeliaan/Pencerapan, Fail Penyemakan Buku Latihan, Fail Aktiviti Koakademik, Bank Soalan dan Maklumat Guru., iaitu :
01. FAIL INDUK
02. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
03. MESYUARAT PANITIA
04. PROGRAM KECEMERLANGAN
05. PEPERIKSAAN
06. PENYELIAAN/PENCERAPAN
07. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
08. AKTIVITI KOAKADEMIK
09. BANK SOALAN
10. MAKLUMAT GURU
Senarai Kandungan Fail Panitia mempunyai isi kandungan yang berbeza. Berikut merupakan 10 Senarai Kandungan Fail Panitia bagi setiap jenis fail :
01. FAIL INDUK
Fail induk ini adalah lebih pada pengurusan dan perancangan fail ini perlu diisi dengan surat-surat luar dan dalaman berkaitan dengan panitia. Selain itu juga, fail ini perlu diisi dengan carta organisasi, senarai nama guru matapelajaran, perkeliling iktisas dan kewangan panitia.
a. Surat-surat perhubungan luar / dalaman
b. Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
c. Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas
d. Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
e. ABM/Kewangan Panitia
02. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
Fail ini perlu mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu pengajaran seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, rancangan tahunan, senarai bahan bantu mengajar, senarai buku teks dan rujukan dan rekod pencapaian sukatan pelajaran yang diajar.
a. Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
b. Huraian Sukatan Pelajaran
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu Belajar dan Kedudukannya
e. Senarai buku teks dan rujukan.
f. Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan
03. MESYUARAT PANITIA
Setiap panitia perlu mengadakan 3-4 kali mesyuarat setahun. Oleh demikian, segala aktiviti mesyuarat panitia perlu disimpan dalam fail ini. Perkara yang perlu disimpan dalam fail ini termasuk Notis/Memo Panggilan Mesyuarat, Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat, Kehadiran Mesyuarat, Rekod Edaran Minit Mesyuarat, Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi dan Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini).
a. Notis/Memo Panggilan Mesyuarat
b. Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat
c. Kehadiran Mesyuarat
d. Rekod Edaran Minit Mesyuarat
e. Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
f. Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)
04. PROGRAM KECEMERLANGAN
Setiap panitia perlu juga membuat program kecemerlangan untuk setahun. Oleh itu fail ini digunakan untuk menyimpan segala berkaitan pengurusan program tersebut terdiri dari Pelan Strategik, Laporan-laporan program, Program Perkembangan Staf dan Kajian Tindakan (Jika ada).
a. Pelan Strategik
b. Laporan-laporan program
c. Program Perkembangan Staf
d. Kajian Tindakan (Jika ada)
05. PEPERIKSAAN
Fail ini juga perlu dilengkapkan dengan urusan peperiksaan panitia tersebut. Kandungan yang perlu ada dalam fail ini termasuk Jadual peperiksaan, Jadual penyedia soalan, Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam, Analisis Headcount, Post-Mortem / Audit Akademik.
a. Jadual peperiksaan
b. Jadual penyedia soalan
c. Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
d. Analisis Headcount
e. Post-Mortem / Audit Akademik
06. PENYELIAAN / PENCERAPAN
Untuk tempoh setahun perlu juga ada penyeliaan dan pencerapan. Beberapa kali juga perlu dilakukan untuk pencerapan ini bergantung pada keperluan semasa dan pentadbir. Segala hal pencerapan dan penyeliaan ini boleh dimasukkan ke fail ini iaitu jadual penyeliaan, borang penyeliaan dan laporan kekuatan dan kelemahan.
a. Jadual Penyeliaan
b. Borang penyeliaan
c. Laporan kekuatan/kelemahan
07. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
Setiap pengajaran perlu ada semakan buku latihan, ia bertujuan melihat kualiti serta proses pembelajaran yang konsisten. Panitia perlu mengurus hal semakan buku latihan pelajar dan segala bahan pengurusan perlu diletakkan dalam fail ini iaitu jadual semakan, borang penyemakan dan laporan kekuatan dan kelemahan semakan.
a. Jadual semakan
b. Borang penyemakan
c. Laporan kekuatan/kelemahan
08. AKTIVITI KOAKADEMIK
Untuk fail ini juga perlu disediakan surat menyurat aktiviti tersebut, aktiviti tahunan dan laporan aktiviti yang dijalankan.
a. Surat Menyurat
b. Aktiviti tahunan
c. Laporan aktiviti
09. BANK SOALAN
Fail ini juga penting untuk rujukan guru-guru panitia dengan penyediaan saoalan-soalan peperiksaan serta koleksi untuk rujukan. Kandungan fail ini terdiri dari Soalan-soalan peperiksaan sekolah, Soalan-soalan setara daerah / negeri dan Soalan-soalan peperiksaan awam.
a. Soalan-soalan peperiksaan sekolah
b. Soalan-soalan setara daerah / negeri
c. Soalan-soalan peperiksaan awam
10. MAKLUMAT GURU
Dalam panitia tentunya mempunyai guru-guru yang melaksanakannya. Oleh demikian fail maklumat guru juga perlu dibuat yang terdiri dari Jadual waktu persendirian, Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru dan Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia.
a. Jadual waktu persendirian
b. Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru
c. Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia
Senarai Kandungan Fail Panitia
PANITIA : …………………………………………………………………………………….
No. Fail |
Nama Fail |
Senarai Kandungan Fail Panitia |
Jenis
|
01 |
Fail Induk |
- Surat-surat perhubungan luar / dalaman
|
Fail Am 435-Pin 1/80 |
- Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
- Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas
- Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
- ABM/Kewangan Panitia
|
Fail Kulit Keras |
02 |
Sukatan Pelajaran |
- Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
- Huraian Sukatan Pelajaran
- Rancangan Pelajaran Tahunan
- Senarai Bahan Bantu Belajar dan Kedudukannya
- Senarai buku teks dan rujukan.
- Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan
|
Fail Kulit Keras |
03 |
Mesyuarat Panitia |
- Notis/Memo Panggilan Mesyuarat
- Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat
|
Fail Am 435-Pin 1/80 |
- Kehadiran Mesyuarat
- Rekod Edaran Minit Mesyuarat
- Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
f. Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini) |
Fail Kulit Keras |
04 |
Program Kecemerlangan |
- Pelan Strategik
- Laporan-laporan program
- Program Perkembangan Staf
- Kajian Tindakan (Jika ada)
|
Fail Kulit Keras |
05 |
Peperiksaan |
- Jadual peperiksaan
- Jadual penyedia soalan
- Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
- Analisis Headcount
- Post-Mortem / Audit Akademik
|
Fail Kulit Keras |
06 |
Penyeliaan/ Pencerapan |
- Jadual Penyeliaan
- Borang penyeliaan
- Laporan kekuatan/kelemahan
|
Fail Kulit Keras |
07 |
Penyemakan buku latihan murid |
- Jadual semakan
- Borang penyemakan
- Laporan kekuatan/kelemahan
|
Fail Kulit Keras |
08 |
Aktiviti Koakademik |
- Surat Menyurat
|
Fail Am 435-Pin 1/80 |
- Aktiviti tahunan
- Laporan aktiviti
|
Fail Kulit Keras |
09 |
Bank Soalan |
- Soalan-soalan peperiksaan sekolah
- Soalan-soalan setara daerah / negeri
- Soalan-soalan peperiksaan awam
|
Fail Kulit Keras |
10 |
Maklumat Guru |
- Jadual waktu persendirian
- Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru
- Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia
|
Fail Kulit Keras |
Muat Turun Bahan Berkaitan :-