Home Panitia Fungsi Dan Peranan Panitia Mata Pelajaran

Fungsi Dan Peranan Panitia Mata Pelajaran

15991
0
Fungsi Dan Peranan Panitia Mata Pelajaran, Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem Panitia Mata Pelajaran yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (KP (BS)8591/Jld.II/(44), 13 HB Mac 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan panitia-panitia yang diwujudkan disekolah akan dapat berfungsi atas landasan yang kukuh dan menjayakanpelaksanaan kurikulum dengan sempurna di sekolah

Tugas Dan Peranan Panitia Mata Pelajaran

  1. Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia.
  2. Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan.
  3. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
  4. Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
  5. Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian, mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
  6. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc apabila dan jika perlu.
  7. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada
    permasalahan tersebut.
  8. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru dengan ahli-ahli lain yang diperolehi setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat.
  9. Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D).
  10. Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Mesyuarat Panitia Pelajaran

Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam Panitia Mata Pelajaran ialah:

  1. Menentukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini.
  2. Menyelaras format penulisan Rancangan Mengajar Harian.
  3. Mengkaji keberkesanan dan kelemahan buku teks.
  4. Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan-bahan kurikulum dan BBM.
  5. Penyelarasan ujian dan penilaian serta tindak ikut.
  6. Mengkaji punca kelemahan pelajar dan cara mengatasinya serta tindakan pembetulan yang perlu dilakukan.
  7. Membincangkan keperluan mengadakan latihan dalaman, bengkel atau taklimat yang sesuai.
  8. Membincangkan terguran dan pengesyoran daripada Pengetua/Guru Besar, GPK, Ketua Bidang, PPD, JPN serta lain- lain yang berkaitan.
  9. Memaklumkan kepada ahli tentang arahan-arahan terbaru serta mengambil respon serta merta terhadap mana-mana Surat Pekeliling atau arahan-arahan jabatan.
  10. Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan pangajaran dan pembelajaran Bahan Mata Pelajaran di dalam bilik darjah serta melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan atau menambah baik nilai sedia ada.
  11. Menilai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan serta membincangkan pelan tindakan dan persediaan bagi program-program yang belum dilaksanakan.

Spesifikasi Tugas Ketua Panitia

Ketua panitia adalah bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di sekolah
masing-masing terhadap:

  1. Perancangan
  2. Pengelolaan – program Panitia Mata Pelajaran di sekolahnya.
  3. Pelaksanaan

Kriteria Perlantikan Ketua Panitia

  1. Guru terkanan.
  2. Berpengalaman.
  3. Prestasi kerja baik.
  4. Sifat kepimpinan.

Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Ketua Panitia Mata Pelajaran

  1. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran.
  2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
  3. Melantik Setiausaha Panitia dari kalangan Ahli Panitia.
  4. Mempengerusikan Mesyuarat Panitia.
  5. Merancang aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pencapaian Mata Pelajaran.
  6. Memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan kepada Pengetua/Guru Besar, GPK dan AJK Panitia.
  7. Memastikan kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.
  8. Menjadi fasilitator di antara Ahli Panitia dengan semua pihak yang lain tentang hal yang berkaitan dengan mata Pelajaran.
  9. Memberi perhatian kepada semua keputusan ujian dan peperiksaan mata pelajaran untuk menjamin pencapaian pelajar.

Kriteria Perlantikan Setiausaha Panitia Mata Pelajaran

Setiausaha Panitia – nadi penggerak sesebuah panitia. Kriteria setiausaha
panitia adalah seperti berikut:

  1. Kelayakan ikhtisas
  2. Pengalaman mengajar
  3. Prestasi kerja
  4. Sifat-sifat kepimpinan
  5. Berkualiti
  6. Kecenderungan, minat dan keupayaan.

Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Setiausaha Panitia

  1. Mengeluarkan surat panggilan mensyuarat kepada semua ahli panitia dan para jemputan yang lain.
  2. Menyediakan segala agenda mesyuarat setelah berunding dengan Ketua Panitia.
  3. Menyediakan minit mesyuarat panitia dengan segera.
  4. Menyediakan salinan minit mesyuarat kepada AJK Panitia dan pihak sekolah.
  5. Menyimpan rekod-rekod pengurusan dan perjalanan panitia serta fail-fail panitia.
  6. Menyimpan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang berkaitan.
  7. Mengemaskini fail-fail bagi tahun-tahun semasa seperti yang ditetapkan.
  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa kesemasa.

Spesifikasi Tugas AJK Panitia Pelajaran

AJK Panitia – jentera penggerak sesebuah panitia. Kriteria-kriteria AJK
Panitia adalah seperti berikut:

  1. Pengalaman mengajar
  2. Prestasi kerja
  3. Berkualiti
  4. Kecenderungan, minat dan keupayaan.
  5. Komitmen dan kerja

Tugas Dan Tanggungjawab AJK Panitia

  1. Menghadiri dan menyertai mesyuarat panitia.
  2. Menyetujui cadangan-cadangan yang dirancang dalam mesyuarat panitia.
  3. Menjalankan aktiviti-aktiviti atau program yang dirancangkan sebaik mungkin.
  4. Memberi perhatian dan membuat analisa/post mortem ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan bagi mengkaji kekuatan dan kelemahan yang ada.
  5. Membuat aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi setiap murid lemah.
  6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan.
  7. Bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
  8. Menjaga keselamatan dan kebersihan alatan BBM dan bilik-bilik khas.
  9. Membantu menguruskan bank-bank soalan.

 


Fungsi Dan Peranan Panitia Mata Pelajaran 1


PENUTUP

Visi dan kualiti kepimpinan ketua panitia akan menentukan sejauh manakah sesebuah panitia mata pelajaran akan berjaya dalam mewujudkan satu budaya kerja yang harmoni dan sepakat di kalangan ahli-ahli untuk memperkembangkan dan menjayakan program pengajaran mata pelajaran berkenaan di peringkat sekolah. Sikap rendah diri dan ingin terus maju, berkeyakinan, menghargai idea dan usaha ahli, bertimbang rasa, suka berunding, mengambil perhatian tentang kebajikan ahli dan sentiasa menerima komen dengan hati terbuka dalam menjalankan tugas sebagai ketua kumpulan adalah di antara beberapa sifat peribadi yang akan membantu seorang ketua panitia menjalankan tugasnya dengan berkesan. Di samping itu, pihak sekolah seharusnya mempunyai kepercayaan yang penuh kepada seseorang ketua panitia yang telah dilantik dan melibatkan beliau dalam urusan pentadbiran sekolah berhubung dengan hal akademik, diberi peluang untuk membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran dalam bidangnya dan menghargai usaha dan sumbangan panitianya terhadap sekolah. Dipercayai dengan adanya perhubungan yang mesra serta dibanteraskan punca-punca yang boleh menimbulkan perasaan yang tidak puas hati, satu budaya kerja yang kondusif kepada peningkatan mutu pelajaran akan dapat diwujudkan disekolah-sekolah.

Muat Turun Bahan Berkaitan :-