Berikut adalah Soalan Lazim Berkenaaan EGtukar..Semasa mengisi borang online EGtukar, akan disediakan ruangan alasan permohonan pertukaran. Guru-guru boleh mengakses dan klik alasan pertukaran yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh guru…
TETAPI harus diingat itu adalah hanya sekadar alasan dan KELULUSAN sebenar pertukaran adalah mengikut tiga perkara pokok berikut:
Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut:
a. Kekosongan jawatan
b. Kepentingan perkhidmatan
c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
Untuk lebih memahami lebih lanjut berkenaan EGtukar disini disediakan Soalan Lazim Berkenaaan EGtukar
1. APAKAH KRITERIA YANG MELAYAKAN GURU UNTUK LULUS BERTUKAR KE NEGERI YANG DIMOHON
Jawapan
Terdapat tiga kriteria yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
a. Kekosongan jawatan
b. Kepentingan perkhidmatan
c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
2. APAKAH JENIS GURU YANG BOLEH MEMOHON PERTUKARAN MELALUI MODUL EGtukar?
Jawapan
Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada:
Guru Cemerlang, Guru Tingkatan 6, Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time Based), DG34 (KUP Time Based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time Based), DG48 (KUP Time Based), DG52 (KUP Time Based) dan DG54 (KUP Time Based) sahaja. Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut;
2.1 Pentadbir secara hakiki – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.
3. MENGAPAKAH SAYA GAGAL DALAM PERMOHONAN PERTUKARAN?
Jawapan
Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut:
a. Kekosongan jawatan
b. Kepentingan perkhidmatan
c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
4. BILAKAH KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN AKAN DIUMUMKAN?
Jawapan
Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di EGtukar secara dalam talian
5. TEMPOH PEKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN SESEORANG GURU ITU LULUS BERTUKAR
Jawapan
kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.
6. BAGI PERMOHONAN ANTARA DAERAH, ADAKAH GURU BOLEH MEMOHON PERTUKARAN KE DAERAH/SEKOLAH YANG DIINGINI SEKIRANYA MENGETAHUI TERDAPAT KEKOSONGAN DI DAERAH/SEKOLAH TERSEBUT?
Jawapan
Guru boleh memohon pertukaran ke daerah/sekolah yang dibuka bagi Pertukaran Guru bagi tahun semasa. Namun, kelulusan akan mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen.
7. APAKAH ALASAN YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK LULUS PERMOHONAN PERTUKARAN?
Jawapan
Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon. Walau bagaimanapun, semua alasan bersama dokumen yang dikemukakan mempunyai merit/wajaran dan diambil kira dalam pertimbangan kelulusan pertukaran.
8. APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI ALASAN BERIKUT
1. SAKIT KRONIK
2. ANCAMAN KESELAMATAN
3. MENGIKUT PASANGAN ATAS ARAHAN PEKHIDMATAN
Jawapan
Bagi semua alasan di atas pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut:
1. Laporan perubatan yang terkini dari hospital kerajaan yang disahkan oleh doktor pakar.
2. Laporan Siasatan Polis selepas pemohon membuat Report Polis
3. Surat arahan pertukaran pasangan.
SILA KLIK DI BAWAH UNTUK “Soalan Lazim Berkenaaan EGtukar” YANG SETERUSNYA
SILA MUAT TURUN : FAQ Soalan Lazim Berkenaaan EGtukar
TERTARIK membaca coretan salah seorang guru dalam group EGtukar di mana beliau berjaya dalam permohonan perpindahannya.
Kejayaan diperolehi selepas memohon beberapa kali pada tahun-tahun sebelumnya. Rupanya kegagalan permohonan beliau selepas beberapa kali merayu menyebabkan beliau mula muhasabah diri. Mungkin ada kekurangan pada diri sendiri. Maka untuk permohonan ke sekian kalinya beliau memperbaiki ibadah solat, membuat amal kebajikan dan mengharapkan redha Allah. Akhirnya permohonan seterusnya beliau mendapat khabar gembira.
Kesimpulannya, doa itu adalah senjata kejayaan. Jangan putus berdoa pada Allah. Hatta derapan semut di tanah di dengar Allah apatah lagi bisikan doa kita semasa bersujud pasti didengar oleh Nya.
Related Post :
- Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru
- Semakan Keputusan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru Terkini
- Panduan Menulis Surat Rayuan e-GTukar