
Tarikh Pembayaran Gaji Bulan Julai 2018 Kakitangan Awam Diawalkan ini adalah berdasarkan Pekeliling yang terkini dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu
SPANM Bil .2/2018 TARIKH PEMBAYARAN GAJI JULAI 2018 DIBACA BERSAMA SPANM 6 2017
Kerajaan telah bersetuju bahawa tarikh pembayaran gaji bulan Julai tahun 2018
dipinda daripada 25 Julai 2018 (Rabu) kepada 18 Julai 2018 (Rabu). Pelaksanaan
peraturan pembayaran gaji tahun 2018 masih tertakluk kepada Surat Pekeliling
Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2017 rujukan ANM(T)81/10/6/10(35) bertarikh 22 Disember 2017.
Menurut surat pekeliling yang dikeluarkan hari ini oleh Akauntan Negara, Datuk Saat Esa, kerajaan telah bersetuju bahawa tarikh pembayaran gaji bulan Julai 2018 dipinda.
“Pelaksanaan peraturan pembayaran gaji tahun 2018 masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2017.
“Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.
Sebelum ini gaji penjawat awam bagi bulan Jun telah dibayar lebih awal iaitu pada 7 Jun 2018 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berbanding 25 Jun yang dijadualkan.
Sekian terus menyokong kami di Gurubesar.my
Jangan lupa juga menyertai kami di Telegram l Facebook l