
Berikut adalah lampiran jadual pembayaran gaji bulanan kakitangan awam / penjawat awam bagi tahun 2020 mengikut tarikh gaji sepertimana yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia. Lampiran dibawah mewakili satu tarikh gaji untuk kementerian dan jabatan semua negeri.
Tip Menguruskan Gaji
Di sini sedikit tip pengurusan gaji oleh pakar dalam bidang hartanah, Tuan Azizul Azli Ahmad…... Semoga dengan adanya jadual Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2020 dapatlah anda menguruskan pendapatan dengan lebih berhemah…Berikut ialah cara-cara menguruskan gaji anda.
- 55% Perbelanjaan
Ini adalah perbelanjaan utama anda, termasuklah hutang kereta, hutang peribadi, makan, belanja rumah, yuran gym, kesihatan, dan lain-lain – semuanya termasuk dalam kategori ni.
- 10% Simpanan Tetap
Ini adalah duit simpanan tetap anda. Jangan ganggu duit ni, simpan dan pejam mata. Anggap sebagai simpanan untuk hari tua. Sekali lagi diulang, jangan ganggu duit ni.
- 10% Simpanan Melabur
Ini adalah duit yang anda simpan untuk pelaburan. Nak beli saham, down payment rumah, down payment kereta, dan sebagainya – semua anda akan guna duit ni. Tetapi awas jangan melabur dalam MLM atau Skim Cepat Kaya.
- 10% Insurans/Takaful
Sediakan payung sebelum hujan. Ramai yang menganggap melabur untuk insurans merugikan. Tetapi, malang datang tak diduga. Jadi pengguna bijak dan bersedia untuk hari depan.
- 5% Pendidikan
Jangan anggap dah dapat ijazah, master atau PHD dah tak perlu belajar. Pendidikan adalah sepanjang zaman. Ini adalah bahagian untuk anda beli buku, yuran kursus, seminar dan apa sahaja yang boleh menambah ilmu.
- 5% Hiburan
Ini adalah belanja untuk anda berhibur. Pergi tengok wayang, karaoke, jalan-jalan makan angin, atau apa sahaja aktiviti yang menghiburkan.
- 5% Sedekah
Banyakkan bersedekah. Ambil 5% dari gaji anda untuk bersedekah. Sumbang ke masjid, atau mereka yang memerlukan. Zakat 2.5% boleh masuk kat sini.
Bijak Menguruskan Kewangan
Diharap selepas anda baca tip menguruskan kewangan ni, anda akan lebih bijak dalam menguruskan wang gaji atau pendapatan anda.