Home Artikel Himpunan Asas Panduan Solat Fardhu Harian

Himpunan Asas Panduan Solat Fardhu Harian

427
0
Himpunan Asas Panduan Solat Fardhu Harian

Himpunan Asas Panduan Solat Fardhu Harian… Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam iaitu subuhzohorasarmaghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Disini disediakan Himpunan Asas Panduan Solat Fardhu Harian yang boleh diamalkan bagi Lelaki dan Perempuan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat… .

Himpunan Asas Panduan Solat Fardhu Harian 5

Himpunan Asas Panduan Solat Fardhu Harian 6


Rukun Solat

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

  1. Qalbi (diingat dalam hati)
  2. Qauli (diucap dengan lidah)
  3. Fi’li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi’li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama’ninah .[Fi’li]
  6. Iktidal dengan tama’ninah. [Fi’li]
  7. Sujud dengan tama’ninah. [Fi’li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah. [Fi’li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi’li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]

Syarat wajib solat

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat

1. Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.

“Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk” (H.R. Bukhari,Muslim).

2. Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa “kesukaran itu dapat menarik keringanan”, oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.

3. Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.

“Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid” (Al-A’raf:31).

4. Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.

“Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)” (Al-Baqarah:144).

5. Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.


Perkara-perkara yang membatalkan solat

1.Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun so0asolat.
11. Murtad

Perkara-perkara makruh semasa solat

1. Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
2. Memandang ke atas (mendongak).
3. Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
4. Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
5. Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
6. Bercekak pinggang.
7. Menyinsingkan kain atau baju.
8. Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
9. Bersembahyang ketika berasa hendak qadha’ hajat (membuang air).
10. Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Persediaan sebelum menunaikan solat

  • Berpakaian sopan dan menutup aurat.
  • Berwuduk.
  • Duduk di atas tapak solat yang bersih (seperti diatas tikar sejadah) sambil berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
  • Berdiri (bagi mereka yang mampu) dan membaca niat waktu solat.
  • Iqamat dan membaca ayat Kursi(2:255), Surah Al-IkhlasSurah Al-FalaqSurah An-Nas (bagi menghalangi syaitan dan jin dari mengganggu solat).
  • Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.