
Asas Panduan Solat Fardhu Jumaat … ialah solat fardhu yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zuhur, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Hukum solat jumaat adalah wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu. Jumlah rakaat bagi solat fardu Jumaat adalah dua rakaat sahaja.
Disini disediakan Asas Panduan Solat Fardhu Jumaat yang boleh diamalkan bagi Lelaki dan Perempuan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat… .
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat
1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
2. Memotong kuku sampai pendek.
3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu (ketiak, hidung, misai).
4. Bersugi.
5. Memakai wangi-wangian.
6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
7. Bersegera pergi ke masjid.
8. Berniat Iktikaf.
9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.
Syarat Wajib Solat Jumaat
1. Islam – tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh – tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3. Berakal – tidak wajib bagi orang yang gila.
4. Merdeka – tidak wajib ke atas hamba abdi.
5. Lelaki – tidak diwajibkan berjemaah untuk orang perempuan.
6. Sihat – tidak wajib berjemaah bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7. Bermastautin atau bermukim – tidak wajib berjemaah bagi orang yang musafir.
Syarat Sah Solat Jumaat
1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang BERIMAN yang tinggal tetap di kawasan itu (menurut Mazhab Syafii).
4. Didahului dengan dua khutbah khusus.
Cara Mendirikan Solat Fardu Isyak Langkah-demi-langkah
1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat Serta lafaz niat solat fardu subuh
2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati:
Niat Solat Fardhu Jumaat
“ Usolli fardol jum’ati rak’ataini makmuman lillahi taala ”
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala”
a) Lelaki: Tangan diangkat hingga pergelangan tangan setentang dengan bahu dan hujung ibu jari mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu direnggangkan dari badan
3. Selepas mengangkat takbir, bacalah doa iftitah
Doa Iftitah
“Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin “
Maksudnya:
” Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam). “
4. Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah
5. Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Contohnya surah al-iklas, an-nas, al-falaq dan al-kafirun
6. Selepas selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
“ Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih”
Maksudnya:
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji”
7. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:
“ Sami Allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdh”
Maksudnya:
“Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.”
8. Setelah iktidal, kita akan melakukan sujud pertama
“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”
Maksudnya:
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.”
9. Duduk antara dua sujud dan membaca:
“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni ”
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.”
10. Sujud Kedua Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua. Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar. Cara duduknya seperti duduk iftirasy.
Rakaat Kedua
1. Rakaat kedua sama seperti rakaat pertama kecuali tidak ada niat, takbiratulihram dan doa iftitah terus berdiri tegak dan membaca surah al-fatihah diikuti surah lain. Contohnya surah al-iklas, an-nas dan al-falaq.
2. Selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Setelah bangun dari rukuk, Iktidal dan diikuti duduk antara dua sujud.
3. Sujud kedua Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat akhir diikuti bacaan Tahiyat akhir. Semasa menyebut (illallah) sunat mengangkat jari telunjuk, membengkokkannya sedikit dan menghalakan ke arah kiblat. Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Tahiyat Akhir
“ Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid. ”
Maksudnya:
“ Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.“
4. Setelah selesai membaca tahiyat, maka akhiri solat dengan memberi salam.
“ Assalamualaikum warahmatullah ”
Maksudnya:
“ Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya “
memaling muka ke kanan memberi salam kedua dengan ucapan:
“ Assalamualaikum warahmatullah ”
Maksudnya:
“ Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya “
sambil memaling muka ke kiri.
Wirid dan Doa Selepas Solat
Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar. Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa. Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Doa Selepas Solat
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat. Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
HIMPUNAN DOA HARIAN PILIHAN
-
-
- Doa Ketika Mimipi Baik Dan Buruk
- Doa Dan Sunnah Ketika Hujan
- Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran
- Doa Meminta Kesembuhan Penyakit
- Doa Ketika Dan Selepas Azan
- Doa Ketika Ditimpa Musibah
- Doa Agar Hati Tenang
- Doa Ditemukan Barang Yang Hilang
- Doa Ringkas Selepas Solat
- Doa Penerang Hati
- Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran
- Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur
- Doa Sebelum Dan Selepas Makan
- Doa Dipermudahkan Segala Urusan
- Doa Masuk Dan Keluar Masjid
- Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur
- Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan
- Doa Naik Kenderaan
- Doa Sebelum, Sedang Dan Selepas Belajar
- Doa Masuk Dan Keluar Rumah
- Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan
- Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran
- Doa Dijauhkan Dari Sifat Malas, Pengecut Dan Bakhil
- Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas
-
” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “
ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
- Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
- Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
- Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
- Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
- Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
- Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
- Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
- Berdoa Sambil Menangis
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
- Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
- Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
- Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
- Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Asas Panduan Solat Fardhu Jumaat …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.