Home Artikel Asas Panduan Solat Sunat Rawatib

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib

446
0

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib… Solat Sunat Rawatib adalah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu. Solat ini adalah sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Solat sunat ini dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf dan dilakukan secara rela hati serta kemahuan sendiri. Jika ditinggalkan pula tidak membawa kepada apa-apa dosa.

Sunat Rawatib ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar. Sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah. Sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid), dan tidak didirikan secara berjemaah.

Disini disediakan Asas Panduan Solat Sunat Rawatib yang boleh diamalkan bagi Lelaki dan Perempuan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat… .

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 25

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 26


Solat Rawatib

1.Solat sunat Qabliyyah (solat sunat yang didirikan sebelum solat fardu)
2. Solat sunat Ba’diyyah (solat sunat yang didirikan selepas solat fardu)

Sunat Muakkad bermaksud sunat yang amat digalakkan untuk diamalkan:

1. Dua rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat sesudahnya
2. Dua rakaat sesudah fardu Maghrib
3. Dua rakaat sesudah fardu Isyak
4. Dua rakaat sebelum fardu Subuh, tidak ada sunat rawatib sesudahnya.

Sunat bukan muakkad (Ghairu Muakkad) bermaksud kurang sedikit fadilat berbanding sunat muakkad:

1. Dua rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat sesudahnya (selain daripada yang sunat muakkad di atas)
2. Empat rakaat sebelum fardu Asar dengan dua salam, tidak ada sunat rawatib sesudahnya.
3. Dua rakaat sebelum fardu Maghrib.
4. Dua rakaat sebelum fardu Isyak.

Niat Solat Sunat Rawatib

Niat Solat Sunat Qabliyah Subuh

Solat rawatib di waktu fardu subuh dikerjakan sesudah azan subuh (sebelum iqamat) sebanyak dua rakaat. Caranya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 27

Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

Tidak ada solat rawatib selepas fardu Subuh.

 


Rujuk tatacara solat sunat subuh pada pautan ini: Asas Panduan Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu (Panduan Lengkap)

Niat Solat Sunat Qabliyah Zohor

Cara melakukan solat sunat rawatib Qabliyyah di waktu fardu Zohor ialah sesudah azan Zohor dan sebelum iqamat. Kerjakan sunat rawatib Zohor yang sunat muakkad dahulu.

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 28

Usolli Sunnataz-Zuhri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Kerjakan solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain. Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakannya dua rakaat sunat rawatib sebelum zohor yang bukan muakkad.

Niat dan cara mengerjakannya adalah sama sebagaimana solat rawatib sebelum Zohor yang muakkad. Selesai solat sunat, barulah dikerjakan solat fardu Zohor.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Zohor

Sesudah selesai solat fardu Zohor dan sesudah bacaan wirid dan doa, kita berdiri lagi untuk mengerjakan solat sunat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Zohor yang sunat muakkad.

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 29

Usolli Sunnataz-Zuhri Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Cara mengerjakannya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain. Selepas salam, sekiranya kita mahu menambah amal, bolehlah dikerjakan solat sunat rawatib selepas Zohor yang sunat bukan muakkad.
Niat dan caranya sama seperti solat rawatib selepas Zohor yang sunat muakkad.

Niat Solat Sunat Qabliyah Asar

Cara melakukan sunat rawatib di waktu asar fardu asar ialah sesudah azan asar dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Asar sebanyak dua rakaat.

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 30

Usolli Sunnatal ‘Asri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala

Kerjakanlah solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain. Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakan sekali lagi sunat rawatib sebelum Asar. Lafaz niat dan caranya sama sebagaimana sebelumnya.
Tidak ada solat rawatib selepas solat fardu Asar.

Niat Solat Sunat Qabliyah Maghrib

Cara melakukan sunat rawatib di waktu fardu Maghrib ialah sesudah azan Maghrib dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Maghrib sebanyak dua rakaat.

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 31

Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Maghrib

Selepas solat fardu Maghrib dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakan solat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Maghrib.
Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 32

Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.

Niat Solat Sunat Qabliyah Isyak

Cara melakukan solat sunat rawatib di waktu fardu Isyak ialah sesudah azan Isyak dan sebelum iqamat.
Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Isyak sebanyak dua rakaat.

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 33

Usolli Sunnatal Isyak’i Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

 

Niat Solat Sunat Ba’diyah Isyak

Selepas solat fardu Isyak dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakanlah solat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Isyak.
Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 34

Usolli Sunnatal Isyak’i Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.


Solat Sunat JUMAAT

Niat Solat Sunat Qabliyah Jumaat

Solat sunat Qabliyah Jumaat boleh dilakukan diantara dua azan, iaitu belum khatib naik ke mimbar untuk memberi khutbah:

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 35

Usolli Sunnatal Jum’ati Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala.

Apabila khatib berkhutbah di atas mimbar, maka ditegah untuk solat kecuali solat sunat tahiyatul masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyatul masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain daripada solat sunat tahiyatul masjid yang tadi.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Jumaat

Disunatkan untuk melakukan solat Sunat Ba’diyah selepas selesai Solat Jumaat.

Asas Panduan Solat Sunat Rawatib 36

Usolli Sunnatal Jum’ati Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala.


Kelebihan Solat Rawatib

Solat sunat ini tersingkap banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada ibadat yang lain.
Analogi solat sunat ini seumpama gam yang mampu menampal sesuatu benda yang bocor atau berlubang sehingga kembali menjadi sempurna dan cantik.

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” 

— Hadis riwayat Tirmizi
Keajaiban sunat rawatib dan kita seharusnya merebut pahala dan berusaha menggamit cahaya kebaikan daripada-Nya. Marilah sama-sama kita berikhtiar mengajak diri kita, anak-anak dan saudara agar mencintai sunat rawatib.

HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN