
Asas Panduan Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu… Solat ini tergolong dalam solat Nafl.Dari segi bahasa, solat Nafl ( نَفْل ) bermaksud tambahan. Ia disebut juga sebagai solat sunat (السنّة), mandub (المندوب) dan mustahabb (المستحب)
Solat ini dinamakan sebagai Nafl kerana ia adalah tambahan kepada solat-solat yang difardukan oleh Allah SWT.
Solat sunat Sebelum Dan Selepas ini juga dikenali sebagai Solat Sunat Qabliyyah dan Solat Sunat Ba’diyyah
Disini disediakan Asas Panduan Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu yang boleh diamalkan bagi Lelaki dan Perempuan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat… .
Waktu solat sunat Qabliyyah dan Ba’diyyah yang amat digalakkan untuk diamalkan:
1. Dua rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat sesudahnya
2. Dua rakaat sesudah fardu Maghrib
3. Dua rakaat sesudah fardu Isyak
4. Dua rakaat sebelum fardu Subuh, tidak ada sunat rawatib sesudahnya.
Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Zohor (Qabliyyah)
Rakaat Kedua
1. Rakaat kedua sama seperti rakaat pertama kecuali tidak ada niat, takbiratulihram terus berdiri tegak dan membaca surah al-fatihah diikuti surah lain. Contohnya surah al-iklas, an-nas dan al-falaq.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
2. Seterusnya Surah al-Ikhlas
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
2. Selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Setelah bangun dari rukuk, Iktidal dan diikuti duduk antara dua sujud.
4. Sujud kedua Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat akhir diikuti bacaan Tahiyat akhir. Semasa menyebut (illallah) sunat mengangkat jari telunjuk, membengkokkannya sedikit dan menghalakan ke arah kiblat. Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Tahiyat Akhir
“ Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid. ”
Maksudnya:
“ Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.“
5. Setelah selesai membaca tahiyat, maka akhiri solat dengan memberi salam.
“ Assalamualaikum warahmatullah ”
Maksudnya:
“ Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya “
memaling muka ke kanan memberi salam kedua dengan ucapan:
“ Assalamualaikum warahmatullah ”
Maksudnya:
“ Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya “
sambil memaling muka ke kiri.
Solat Sunat Selepas Zohor (Ba’diyyah)
1. Turutanya sama seperti solat sunat Qabliyyah cuma digalakkan dilakukan selepas menunaikan solat fardhu
2. Sesudah selesai solat fardu Zohor dan sesudah bacaan wirid dan doa, kita berdiri lagi untuk mengerjakan solat sunat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Zohor yang sunat muakkad.
Usolli Sunnataz-Zuhri Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
“Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala“
Cara mengerjakannya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain. Selepas salam, sekiranya kita mahu menambah amal, bolehlah dikerjakan solat sunat rawatib selepas Zohor yang sunat bukan muakkad.
Niat dan caranya sama seperti solat rawatib selepas Zohor yang sunat muakkad.
Doa Selepas Solat Sunat
Selepas selesai menunaikan solat sunat, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar. Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa. Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Doa Selepas Solat Sunat
Allahumma Robbu Jibrila Wa Israfila Wa Mika-i-la Wa Muhammadin Nabiyyi Sollallahu Alayhi Wassalam, A’uzuuBika Minan-narr.
Maksudnya:
“Ya Allah Tuhanku, Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.“
Tujuan utama panduan ini dihasilkan mempunyai kelebihan yang sangat besar jika dikerjakan.
1. Amalan Sunat Yang Paling Dipelihara Oleh Rasulullah SAW
Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan:
Rasulullah tidak menjaga amalan-amalan sunatnya lebih daripada dia menjaga dua rakaat sebelum solat subuh
— Hadis ini direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud
2. Lebih Penting Daripada Nyawa Sendiri
Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW berkata:
Janganlah kamu tinggalkan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh, sekalipun kamu dikejar oleh kuda (walaupun kamu dikejar oleh musuh)
— Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi dan at-Tahawi
3. Lebih Baik Daripada Seluruh Dunia
Saidatina Aisyah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW berkata berkenaan solat dua rakaat sebelum solat fardu subuh:
Dua rakaat itu lebih baik bagiku daripada seluruh isi dunia
— Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi
HIMPUNAN DOA HARIAN PILIHAN
-
-
- Doa Ketika Mimipi Baik Dan Buruk
- Doa Dan Sunnah Ketika Hujan
- Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran
- Doa Meminta Kesembuhan Penyakit
- Doa Ketika Dan Selepas Azan
- Doa Ketika Ditimpa Musibah
- Doa Agar Hati Tenang
- Doa Ditemukan Barang Yang Hilang
- Doa Ringkas Selepas Solat
- Doa Penerang Hati
- Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran
- Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur
- Doa Sebelum Dan Selepas Makan
- Doa Dipermudahkan Segala Urusan
- Doa Masuk Dan Keluar Masjid
- Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur
- Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan
- Doa Naik Kenderaan
- Doa Sebelum, Sedang Dan Selepas Belajar
- Doa Masuk Dan Keluar Rumah
- Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan
- Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran
- Doa Dijauhkan Dari Sifat Malas, Pengecut Dan Bakhil
- Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas
-