Home Artikel Asas Panduan Solat Fardhu Asar

Asas Panduan Solat Fardhu Asar

223
0
Asas Panduan Solat Fardhu Asar

Asas Panduan Solat Fardhu Asar … Solat Asar adalah Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hukum solat maghrib adalah wajib untuk setiap muslim dan berdosa jika ditinggalkan. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada. 

Disini disediakan Asas Panduan Solat Fardhu Asar yang boleh diamalkan bagi Lelaki dan Perempuan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat… .

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 33

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 34


Waktu Solat Asar

Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut.

Jumlah rakaat bagi solat fardu Asar adalah empat rakaat sahaja. Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.

Cara Mendirikan Solat Fardu Asar Langkah-demi-langkah

Rakaat Pertama

1.  Berdiri tegak dengan mengadap kiblat Serta lafaz niat solat fardu subuh

2.  Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati:

Niat Solat Fardhu Asar

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 35

Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.

Maksudnya:

“Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat kerana Allah Taala”

a) Lelaki: Tangan diangkat hingga pergelangan tangan setentang dengan bahu dan hujung ibu jari mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu direnggangkan dari badan

b) Perempuan: Tangan diangkat hingga setentang dengan bahu dan hujung jari mencecah paras bawah telinga. Siku dan tangan mesti dirapatkan ke badan

3. Selepas mengangkat takbir, bacalah doa iftitah

Doa Iftitah

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 36

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin 

Maksudnya:

” Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam). “

4. Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 37

5. Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.

Contohnya surah al-iklas, an-nas, al-falaq dan al-kafirun

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 38

6. Selepas selesai membaca surah, teruskan bertakbir  (Allahuakbar) dan rukuk. Belakang badan perlu rata,          pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 39

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih

Maksudnya:

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji”

 

7. Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 40

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 41

“ Sami Allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdh

Maksudnya:

“Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.”

 

8. Setelah iktidal, kita akan melakukan sujud pertama

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 42

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih

Maksudnya:

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.”

 

9. Duduk antara dua sujud dan membaca:

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 43

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 

Maksudnya:

“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.”

 

10. Sujud Kedua Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua. Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar. Cara duduknya seperti duduk iftirasy.

Rakaat Kedua

1. Rakaat kedua sama seperti rakaat pertama kecuali tidak ada niat, takbiratulihram dan doa iftitah terus berdiri tegak dan membaca surah al-fatihah diikuti surah lain. Contohnya surah al-iklas, an-nas dan al-falaq.

2.  Selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Setelah bangun dari rukuk, Iktidal dan diikuti duduk antara dua sujud. 

3. Sujud kedua Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat awal diikuti bacaan Tahiyat Awal. Semasa menyebut (illallah) sunat mengangkat jari telunjuk, membengkokkannya sedikit dan menghalakan ke arah kiblat. Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.

Tahiyat Awal

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 44

“Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu an laa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
Wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”

 

“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.”

Rakaat Ketiga

1. Pergerakan rakaat ketiga adalah sama seperti rakaat pertama, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.

2.  Selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Setelah bangun dari rukuk, Iktidal dan diikuti duduk antara dua sujud. 

3. Sujud Kedua Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat keempat (terakhir)

 

Rakaat Keempat

1. Pergerakan dalam rakaat keempat adalah sama dengan pergerakan dalam rakaat kedua, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.

2.  Selesai membaca al-Fatihah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk. Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Setelah bangun dari rukuk, Iktidal dan diikuti duduk antara dua sujud. 

3. Sujud kedua Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat akhir diikuti bacaan Tahiyat akhir. Semasa menyebut (illallah) sunat mengangkat jari telunjuk, membengkokkannya sedikit dan menghalakan ke arah kiblat. Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.

Tahiyat Akhir

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 45

“  Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

 

4. Setelah selesai membaca tahiyat, maka akhiri solat dengan memberi salam.

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 46

Assalamualaikum warahmatullah 

Maksudnya:

“ Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya 

memaling muka ke kanan memberi salam kedua dengan ucapan:

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 46

Assalamualaikum warahmatullah 

Maksudnya:

“ Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya 

sambil memaling muka ke kiri.


Wirid dan Doa Selepas Solat

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar. Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa. Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.

Doa Selepas Solat

Asas Panduan Solat Fardhu Asar 48

Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat. Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Asas Panduan Solat Fardhu Asar…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.