Home UPKK Koleksi Soalan Dan Nota Adab I Dan II UPKK

Koleksi Soalan Dan Nota Adab I Dan II UPKK

26398
0
Koleksi Soalan Dan Nota Adab I Dan II UPKK

Koleksi Soalan Dan Nota Adab I Dan II UPKK ….Berikut adalah Koleksi Soalan dan Nota Adab I Dan II UPKK dari seluruh Malaysia. Koleksi ini diadakan bertujuan untuk memudahkan guru dan pelajar untuk memantapkan tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 terutama di dalam bidang Akhlak Islamiyah iaitu Adab.

Di harap dengan adanya perkongsian ini akan membangkitkan lagi komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada murid-murid dan tenaga pengajar untuk melakukan persediaan awal peperiksaan seperti mengadakan kelas intensif tambahan dan latihan menjawab soalan. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu pelajar khususnya kepada guru-guru dalam menyediakan diri bagi ujian UPKK yang bakal menjelang.

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN DAN LATIHAN ADAB I Dan II 


Koleksi Soalan Dan Nota Adab I Dan II UPKK 3


NOTA AKHLAK

MUAT TURUN JUGA

PELAKSANAAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)

FALSAFAH

Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain adalah satu usaha berterusan untuk mendidik dan membentuk pelajar-pelajar Islam ke arah memperkembangkan fitrah individu (Insan) selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan Al-Quran dan As-Sunnah yang kuat iman dan amalannya kepada Allah serta menghayati akhlak dan cara hidup Islam.

KONSEP

Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asasasas Fardhu Ain.

OBJEKTIF KAFA

Objektif penubuhan KAFA adalah seperti yang berikut :-

  • Mewujudkan suatu sistem kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas,
    seragam dan bersepadu di seluruh Malaysia.
  • Memastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur tujuh hingga dua belas tahun di negara ini dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.
  • Memastikan semua kanak-kanak Islam di negara ini dapat mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas fardhu ain.
  • Memperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak Islam dalam pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.