Home UPKK Koleksi Soalan Dan Nota Jawi Dan Khat UPKK

Koleksi Soalan Dan Nota Jawi Dan Khat UPKK

22453
0
Koleksi Soalan Dan Nota Jawi Dan Khat UPKK

Koleksi Soalan Dan Nota Jawi Dan Khat UPKK ….Berikut adalah Koleksi Soalan dan nota Jawi Dan Khat UPKK dari seluruh Malaysia. Koleksi ini diadakan bertujuan untuk memudahkan guru dan pelajar untuk memantapkan tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 terutama di dalam bidang Al Quran iaitu Jawi Dan Khat.

Di harap dengan adanya perkongsian ini akan membangkitkan lagi komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada murid-murid dan tenaga pengajar untuk melakukan persediaan awal peperiksaan seperti mengadakan kelas intensif tambahan dan latihan menjawab soalan. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu pelajar khususnya kepada guru-guru dalam menyediakan diri bagi ujian UPKK yang bakal menjelang.

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN DAN LATIHAN JAWI Dan KHAT



NOTA JAWI Dan KHAT

MUAT TURUN JUGA

PELAKSANAAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)

FALSAFAH

Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain adalah satu usaha berterusan untuk mendidik dan membentuk pelajar-pelajar Islam ke arah memperkembangkan fitrah individu (Insan) selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan Al-Quran dan As-Sunnah yang kuat iman dan amalannya kepada Allah serta menghayati akhlak dan cara hidup Islam.

KONSEP

Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asasasas Fardhu Ain.

OBJEKTIF KAFA

Objektif penubuhan KAFA adalah seperti yang berikut :-

  • Mewujudkan suatu sistem kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas,
    seragam dan bersepadu di seluruh Malaysia.
  • Memastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur tujuh hingga dua belas tahun di negara ini dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.
  • Memastikan semua kanak-kanak Islam di negara ini dapat mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas fardhu ain.
  • Memperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak Islam dalam pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.