Home Nota UPSR Nota Istilah Sains UPSR KSSR

Nota Istilah Sains UPSR KSSR

8695
0

Di sini disediakan perkongsian Nota Istilah Sains UPSR KSSR yang kerap digunakan dalam mata pelajaran sains untuk Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Dalam mata pelajaran sains banyak istilah yang digunakan…..

Nota Istilah Sains UPSR KSSR 1Nota Istilah Sains UPSR KSSR 2 Nota Istilah Sains UPSR KSSR 3

SATU cabaran dalam bidang berkaitan sains dan teknologi adalah menggunakan istilah yang tepat, apa lagi jika istilah itu dipinjam daripada bahasa asing.
Untuk mengusai mata pelajaran sains, pelajar seharusnya menguasai istilah-istilah yang digunakan secara tekal.

ISTILAH SAINS TAHUN 4

BIL

ISTILAH

MAKSUD

1

KADAR PERNAFASAN

Bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit

2

PERKUMUHAN

Penyingkiran bahan buangan daripada badan

3

PENYAHTINJAAN

Penyingkiran sisa-sisa makanan melalui dubur

4

RANGSANGAN

Keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh hidupan

5

TINDAK BALAS

Tindakan yang diambil terhadap rangsangan

6

PEWARISAN

Ciri-ciri persamaan yang diwarisi daripada kedua-dua ibubapa

7

FOTOSINTESIS

Tumbuhan membuat makanannya sendiri

8

PANJANG

Jarak antara dua titik

9

LUAS

Besarnya sesuatu kawasan

10

ISIPADU

Besarnya sesuatu ruang

11

JISIM

Kuantiti jirim dalam sesuatu objek

12

MASA

Tempoh antara dua ketika

13

KONDUKTOR ELEKTRIK

Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

14

PENEBAT ELEKTRIK

Bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik

15

KONDUKTOR HABA

Bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya

16

PENEBAT HABA

Bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya

17

LUT SINAR

Bahan yang membenarkan semua cahaya menembusinya

18

LUT CAHAYA

Bahan yang membenarkan sebahagian cahaya menembusinya

19

LEGAP

Bahan yang menghalang cahaya daripada menembusinua

20

MENYADUR

Proses melapiskan permukaan besi dengan logam lain yang bukan besi

21

MENYALUT

Disalut dengan plastik

22

ASTEROID

Batuan logam yang mengelilingi matahari

23

METEOR

Meteoroid yang memasuki ruang atmosfera bumi dan menghasilkan coretan cahaya

24

METEOROID

Ketulaan batuan atau logam yang terapung dan beredar di angkasa lepas

25

METEORIT

Meteor yang terhempas di permukaan Bumi

26

SATELIT SEMULAJADI

Bulan

27

KOMET

Gas-gas beku , batuan dan debu yang beredar mengelilingi
matahari

28

PAKSI

Garisan bayangan yang menganjur dari Kutub Utara keKutub Selatan

29

ORBIT

Jalan atau landasan di ruang angkasa yang tidak dapat dilihat secara fizikal


Nota Istilah Sains UPSR KSSR 4


ISTILAH SAINS TAHUN 5

BIL

ISTILAH

MAKSUD

1

JERUMUN

Tempat persembunyian haiwan/buaya

2

MIGRASI

Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim

3

HIBERNASI

Tidur yang panjang menyebabkan haiwan kurang aktif dan kurang rasa lapar

4

KEMANDIRIAN SPESIS

Cara haiwan menjaga telur dan anaknya daripada musuh dan bahaya

5

RANTAI MAKANAN

Hubungan makanan antara hidupan

6

SIRATAN MAKANAN

Gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat

7

PENCARAN

Cara tumbuhan membawa biji benih jauh dari pokok induk

8

TENAGA

Kebolehan untuk membuat kerja

9

TENAGA SURIA

Tenaga daripada matahari

10

TENAGA YANG BOLEH DIBAHARUI

Tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan

11

TENAGA YANG TIDAK BOLEH DIBAHARUI

Sumber tenaga yang tidak boleh dijana

12

PANTULAN CAHAYA

Cahaya yang melantun balik apabila mengenai satu permukaan

13

BIASAN CAHAYA

Pergerakan cahaya dari satu medium kesatu medium yang
lain

14

LITAR BERSIRI

Litar yang mempunyai satu laluan tenaga elektrik mengalir

15

LITAR SELARI

Litar yang mempunyai dua atau lebih laluan tenaga elektrik mengalir

16

SUHU

Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan

17

JIRIM

Objek yang mempunyai jisimmemenuhi ruang dan boleh dilihat disentuh dan dirasa.

18

KONDENSASI

Perubahan keadaan air daripada gas kepada cecair

19

PENDIDIHAN

Perubahan keadaan air daripada cecair kepada gas

20

PENYEJATAN

Perubahan keadaan air daripada cecair kepada gas

21

PELEBURAN

Perubahan keadaan air daripada pepejal kepada cecair

22

PEMBEKUAN

Perubahan keadaan daripada cecair kepada pepejal

23

ASID

Bahan yang menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah

24

ALKALI

Bahan yang menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru

25

NEUTRAL

Bahan yang tidakmenukarkan warna kertas litmus

26

PUTARAN BUMI

Pergerakan bumi pada paksi dari arah barat ke timur

27

PEREDARAN BUMI

Pergerakan bumi mengelilingi matahari

28

KESTABILAN

Objek yang tidak mudah tumbang

29

KEKUATAN

Objek yang tidak mudah runtuh

ISTILAH SAINS TAHUN 6

BIL

ISTILAH

MAKSUD

1

MIKROORGANISMA

Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

2

KONJUNKTIVITIS

Sakit Mata

3

TUBERKULOSISI

Batuk kering

4

KUARANTIN

Mengasingkan pesakit penyakit berjangkit daripada orang
ramai

5

INTERAKSI

Hubungan antara hidupan bagi memenuhi keperluan asas untuk hidup

6

INTERSPESIES

Interaksi antara spesies yang berlainan

7

INTRASPESIES

Interaksi antara spesies yang sama jenis

8

SIMBIOSIS

Hubungan rapat antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi manafaat antara satu sama lain

9

MUTUALISME

Interaksi yang membawa manafaat kepada kedua-dua spesies

10

KOMENSALISME

Interaksi yang memberi manafaat kepada satu spesies tetapi satu spesies lagi tiada manafaat mahupun kesan buruk

11

PARASITISME

Interaksi yang memberi manafaat kepada satu spesies sahaja dan merugikan spesies yang lain

12

KEPUPUSAN

Lenyap ataupun sudah tiada lagi di bumi ini

13

ANCAMAN KEPUPUSAN

Bilangan spesies yang semakin berkurangan

14

SISA TOKSIK

Bahan buangan yang berasal daripada cecair kimia, bahan buangan industri serta sisa pertanian

15

PEMELIHARAAN

Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah

16

PEMULIHARAAN

Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal

17

PUSAT REHABILITASI

Tempat pemuliharaan haiwan

18

TAPAK RAMSAR

Tempat untuk melindungi flora dan fauna di kawasan paya bakau

19

DAYA

Tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek

20

DAYA GESESRAN

Daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara satu sama lain dan sentiasa menentang arah gerakan

21

KELAJUAN

Laju atau perlahannya pergerakan sesuatu objek

22

PENGAWETAN

Proses menjadikan makanan tahan lebih lama

23

TERBIODEGRASI

Telah direputkan oleh mikroorganisma dan kembali menjadi nutrien di dalam tanah

24

AMALAN KURANGKAN

Kurangkan penggunaan bahan buangan

25

KITAR SEMULA

Bahan buangan diproses menjadi produk baru

26

GUNA SEMULA

Menggunakan semula bahan buangan

27

BURUJ

Gugusan bintang-bintang yang membentuk corak tertentu

28

MESIN RINGKAS

Alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat

29

MESIN KOMPLEKS

Gabungan beberapa mesin ringkas

30

MESIN LESTARI

Mesin yang tahan lama, tidak mudah rosakmenguntungkan, tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar, mudah dan  selamat digunakan

Related Post :-



 Dapatkan juga soalan-soalan yang berkaitan disini…

HIMPUNAN SOALAN PERCUBAAN UPSR 2017

HIMPUNAN SOALAN PERCUBAAN UPSR 2016