Home Kalendar & Takwim Takwim Pentaksiran Pusat Tingkatan 5 SPM 2020 Dan Tingkatan 4 SPM 2021

Takwim Pentaksiran Pusat Tingkatan 5 SPM 2020 Dan Tingkatan 4 SPM 2021

968
0
Takwim Pentaksiran Pusat T5 2020 Dan T4 2021

Takwim Pentaksiran Pusat Tingkatan 5 SPM 2020 Dan Tingkatan 4 SPM 2021…..   Berikutan penularan wabak COVID-19, sebagai makluman kepada sekolah dan rujukan bagi calon SPM 2020 dan 2021 Lembaga Peperiksaan telah memuat naik Takwim pentaksiran pusat untuk calon-calon yang terlibat pada 20 Julai 2020 di portal Lembaga Peperiksaan (lp.moe.gov.my).

Pentadbir sekolah perlu menyusun jadual waktu pentaksiran pusat mengikut kesesuaian berdasarkan takwim peperiksaan yang dikeluarkan oleh KPM. Guru perlu merancang pengurusan pentaksiran pusat berdasarkan kesediaan murid untuk ditaksir dalam tempoh yang ditetapkan.
Guru juga perlu menjadualkan semula pentaksiran bagi murid yang bergejala serta memberi penekanan kepada aspek penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan semasa pentaksiran dilaksanakan

Bagi calon persendirian yang telah mendaftar bagi peperiksaan awam hendaklah memastikan keadaan kesihatan mereka berada pada tahap optimum. Sekiranya kurang sihat, calon persendirian atau waris hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dengan kadar segera. Calon persendirian hendaklah membuat pengisytiharan kesihatan melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman rasmi Lembaga Peperiksaan (lp.moe.gov.my). Borang ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan pada hari pertama calon menduduki peperiksaan.

Takwim Pentaksiran Pusat Tingkatan 5 SPM 2020 Dan Tingkatan 4 SPM 2021 3

SILA MUAT TURUN :

          1. Takwim Pentaksiran Pusat Tingkatan 5 SPM 2020 Dan Tingkatan 4 SPM 2021

2. Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat Dan Peperiksaan Awam

– Garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan sebagai rujukan bagi pengurusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

KPM memaklumkan bahawa takwim penjadualan semula peperiksaan dibuat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Penjadualan takwim peperiksaan kali pertama peperiksaan bawah kendalian KPM telah diumumkan pada 28 Mac 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mengambil kira pelanjutan PKP dan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19, Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020 telah mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan awam akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021. Ini bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan.

Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama tahun 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut. Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 yang akan dimaklumkan kelak. Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.