
Koleksi RPT Dan Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 1 KSSR……. Seluruh Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 bagi tahun 2020 (hanya tahun ini sahaja) telah dijajarkan semula bersesuaian dengan keadaan semasa kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang melanda Negara. Pelaksanaan PKP telah menyebabkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di bilik darjah tidak dapat dilaksanakan. Meskipun PdP secara maya telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP, namun keberkesanan pelaksanaannya untuk penguasaan standard dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam DSKP didapati tidak mencapai tahap optimum atas sebabsebab yang tidak dapat dielakkan.
Bahan : BKP KPM
DIPERSILAKAN MUAT TURUN :
Koleksi RPT Dan Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 1 KSSR
DIPERSILAKAN MUAT TURUN :
- Koleksi RPT Dan Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 2 KSSR
- Koleksi RPT Dan Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 3 KSSR
- Koleksi RPT Dan Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 4 KSSR
- Koleksi RPT Dan Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 5 KSSR
- Koleksi RPT Dan Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 6 KSSR
PENUTUP
Koleksi RPT Dan Dokumen Penjajaran Kurikulum Tahun 1 KSSR yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.
Penjajaran dilaksanakan bertujuan untuk memberi penekanan terhadap Kandungan Asas yang perlu dikuasai oleh murid dan dilaksanakan secara bersemuka bersama-sama murid. Manakala Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap pula berperanan sebagai penyokong kepada keseluruhan pembelajaran murid dalam mencapai standard yang ditetapkan. Ia boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan pembelajaran sama ada secara bersemuka atau secara homebased-learning menggunakan medium yang bersesuaian tanpa mengabaikan standard dalam DSKP yang ingin dicapai.