Himpunan Latih Tubi KSSR, Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Dalam proses pembelajaran Himpunan Latih Tubi KSSR, perkara penting dalam latih tubi adalah maklumat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi Himpunan Latih Tubi KSSRΒ semoga bermanfaat untuk semua.
Himpunan Latih Tubi KSSR
BAHASA MELAYU
π Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1
π Latihan Penjodoh Bilangan
π Modul Penulisan Karangan Bahasa Melayu Tahap 2
π Latihan Bahasa Melayu Tahap 1
π Latihan Bina Ayat Berpandukan Gambar Tahap 1
π Latihan Karangan Bahasa Melayu Tahun 1
π Latihan Isi Tempat Kosong Tahap 1
π Latihan Bina Ayat Bergambar Bahasa Melayu
π Latihan Bina Ayat Menggunakan Teknik SiPOKET
BAHASA INGGERIS
π Practice Vocabulary In Verbs Year 1
π Vocabulary Worksheets
MATEMATIK
π Latihan Nombor Bulat Dan Operasi Tambah
π Koleksi 100 Soalan Tambah Matematik Tahun 1
π 360 Latih Tubi Matematik Operasi Asas
π Koleksi Latihan Darab Matematik Tahap 1
π Latihan Matematik Tahun 2
π Latihan Abakus Tahun 2
π Latih Tubi Darab Dan Bahagi
π Latihan Matematik Operasi Tambah
π Modul Matematik Operasi Asas Tambah Tahun 1
π Latih Tubi Matematik Padu Operasi Tambah
π Latihan Matematik Melukis Waktu Dengan Jalan kerja
π Latihan Mentalis Matematik
π Templat Kraftangan Bentuk Geometri 3D
SAINS
π 100 Soalan Latih Tubi Sains Tahun 1
π Latih Tubi Sains Tahun 2
Related Post:
Himpunan Latih Tubi KSSR
Himpunan Buku Teks Digital KSSR Semakan 2017
Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah
Himpunan Latih Tubi JAWI
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
KSSR merupakan akronim bagi urikulum Standard Sekolah Rendah, sebuah standard silibus pembelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia Ianya digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
KSSR ini berpegang kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang secara dasarnya membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
Komposisi Kurikulum
Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri daripada:
Modul Teras Asas terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik.
Modul Teras TemaΒ pula terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.
Modul ElektifΒ pula terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah menegaskan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kesan yang optimum.
Antara pendekatan P&P yang digunakan adalah seperti berikut :
- Hands-on learning
- Pembelajaran melalui permainan
- Inkuiri penemuan
- Pembelajaran berasaskan projek
- Pembelajaran luar bilik darjah
- Pembelajaran secara kontekstual
- Pembelajaran secara konstuktivisme
- Pembelajaran secara masteri
Strategi pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam KSSR lebih berpusat kepada murid.