Home Artikel Panduan Solat Sunat Taubat Dan Doa

Panduan Solat Sunat Taubat Dan Doa

983
0
Panduan Solat Dan Doa Taubat

Panduan Solat Sunat Taubat Dan Doa … Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat). Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Disini disediakan Panduan Solat Sunat Taubat Dan Doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Niat Solat Sunat Taubat

Panduan Solat Dan Doa Taubat

Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala 

Maksudnya:

” Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala “


Doa Solat Sunat Taubat

Panduan Solat Dan Doa Taubat

 

Allahumma inni zholamtu nafsi zull-man kasiran walaa yagh-firu zunuuba illa anta, fagh-firli min indika magfirotan innaka antal rgho-fuu rur-rahim.

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”

selesai berdoa, maka lakukan sujud dengan membaca

PENGHULU ISTIGHFAR

Panduan Solat Dan Doa Taubat

“Allaahumma annta rabbii laa ilaaha illaa annta kholaq-tanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘ala ‘ahdika wawa’ dika maas-tatha-tu ‘a-uudzu-bika min syarrimaa shana-tu abuu-u laka bini’matika alayya wa abuu-u bidzanmmbi fagh-fir-lii fa-innahu laa yagh-firudz-dzunuuba illaa annta. 

Maksudnya:

” Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.”

Panduan Solat Sunat Taubat Dan Doa 5

Panduan Solat Sunat Taubat Dan Doa 6


Fadhilat Taubat:

1. Diampunkan Allah SWT.

2. Dimudahkan segala urusan.

3. Menceriakan kehidupan seharian.

4. Menghilangkan perasaan yang menekan.

5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Panduan / Tatacara Solat Sunat Taubat

1 . Niat Solat Sunat Taubat. Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci. Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat
2. Baca Surah Al-Fatihah Diikuti:
     Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
     Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
3. Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca  tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali :
Panduan Solat Dan Doa Taubat

 ” Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

Maksudnya:

” Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim. “

4. Bacaan Selepas Memberi Salam perbanyakkan istigfar dan memohon keampunan kepada Allah (sambil menyesali dosa-dosa yang dilakukan). 
Panduan Solat Dan Doa Taubat

 ” Astagfirullah hal ‘azim allazi laa ilaaha illa huwalhayyu-qoyyum wa atu bu ilaih.

Maksudnya:

” Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.”

 

5. Akhir sekali adalah berdoa. Berdoalah mengikut luahan hati mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah. Namun jika anda buntu, anda boleh membaca doa khusus di bawah ini untuk memohon keampunan Allah. Selepas selesai berdoa, maka lakukan sujud dengan membaca penghulu istigfar.

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin. Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat. InsyaaAllah.

Kredit : Ar-RahmanTV

Kuliah Dhuha Kitab Amalan Mengangkat Darjat oleh Ustaz Jafri Abu Bakar di Pusat Tarbiyyah Unais, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah pada 18 November 2017. Kuliah berkenaan kelebihan solat sunat taubat, hajat dan tasbih.


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Panduan Solat Sunat Taubat Dan Doa …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.