Home Artikel Solat Sunat Dan Doa Hajat

Solat Sunat Dan Doa Hajat

563
0

Solat Sunat Dan Doa Hajat…solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta. Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

Disini disediakan Solat Sunat Dan Doa Hajat yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Niat Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Dan Doa Hajat 11

Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala 

Maksudnya:

“Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”


Doa Memohon Hajat 

Solat Sunat Dan Doa Hajat 12

 Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.

Solat Sunat Dan Doa Hajat 13

Solat Sunat Dan Doa Hajat 14


CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam. Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT. Namun lebih afdhal jika dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi.

Setelah bangun daripada tidur terlebih dahulu hendaklah solat tahajjud. Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa. Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.

1.  Lafaz dan niat

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah:

Rakaat Pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)

Rakaat Kedua    : Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)

3. Semasa Sujud Akhir 
 Sebelum tahiyat terakhir, seeloknya bacalah tasbih sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:
Solat Sunat Dan Doa Hajat 15

Maksudnya:

“Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.”

   Jika tidak dibaca tasbih tersebut atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih, maka mohon segala hajat di dalam  hati  sewaktu masih dalam sujud. Seterusnya bangkit daripada sujud, membaca tahiyat akhir dan memberi salam.

4. Sesudah salam, bacalah Doa memohon hajat semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.


Mintalah Perkara Baik Yang Berkekalan Hingga Akhirat

Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat. Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.

Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki. Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.

Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Berapa ramai pasangan turun naik mahkamah walaupun berkahwin atas dasar cinta.

Janganlah terlalu spesifik hajatnya, kerana kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Biar Allah yang mengaturnya. InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.

Usah terlalu berharap apa yang kita hajati. Benar, doa itu penting. Namun, ia mesti datang bersama usaha yang gigih. Walau apa juga hajat yang diingini, semoga artikel panduan solat hajat ini dapat memberikan manfaat. Doakan yang baik-baik!!!


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Solat Sunat Dan Doa Hajat …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.