Home Artikel Panduan Solat Dan Doa Dhuha

Panduan Solat Dan Doa Dhuha

398
0

Panduan Solat Dan Doa Dhuha… Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim. Ia juga dikenali dengan nama solat al-Awwabin dan waktunya bermula setelah terbitnya matahari. Tambahan pula, Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:

أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى،

وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الجَنَّةِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak 12 rakaat, maka Allah akan membina baginya sebuah istana daripada emas di syurga.” [Riwayat al-Tirmizi (473) dan Ibn Majah (1380)]

Mengerjakan Solat sunat dhuha merupakan solat sunat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan dan mempunyai banyak kelebihan buat mereka yang mengerjakannya. Ianya boleh dilakukan bermula dari terbitnya matahari sehinggalah sebelum matahari tegak di atas kepala. Sembahyang sunat dhuha ini amat digalakkan kerana ia merupakan amalan yang membuka pintu-pintu rezeki agar seseorang itu dikurniakan kemurahan serta keberkatan rezeki.

Disini disediakan Panduan Solat Dan Doa Dhuha yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Lafaz Niat Solat Dhuha

Panduan Solat Dan Doa Dhuha 11

“Usholiilil Sunnatadh Dhuuhaa Rok’ataini Lil laahita’aaLaa ”

Maksudnya:

“Aku solat sunat Dhuha Kerana Allah Ta’ala”


Bacaan Semasa Sujud Akhir

Panduan Solat Dan Doa Dhuha 12

Wa-Hab li yaa-waH-Haa bu ‘il-man wa hikmatan, waar-zuq-niy, yaa-raz-zza-qu kun liy mu-saH-Ha-laa 

Maksudnya:

“Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.”


Doa Selesai Solat Dhuha

Panduan Solat Dan Doa Dhuha 13

ALLâhumma in Naḍ-Ḍuḥâ ‘A Ḍuḥâ-‘Uka, Wal Bahâ-‘A Bahâ-‘Uka, Wal-Jamala Jama-Luka, Wal-Quwwata Quwwa-Tuka, Wal-Qud-Rata Qud-Ratuka, Wal-‘iṣ-Mata ‘iṣ-Matuka. ALLâhumma in Kana Rizqi Fis Samma-‘i Fa-‘Anzilhu, Wa in Kana Fil Arḍi Fa-‘Akhrijhu, Wa in Kana Mu-‘Asiranw Fa-Yasirhu, Wa in Kana Ḥaraman Fata-Hirhu, Wa in Kana Ba-‘idan Fa-Qarib-Hu, Bihaqqi Duhâ-‘ika Wa Bahâ-‘ika, Wa Jamâ-Lika Wa Quwwa-Tika Wa Qud-Ratika, Âtini Mâ Ataita ‘ibadakaṣ-Ṣaliḥin

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,  Kecantikannya kecantikanMu,  Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu,  kekuasaannya kekuasaanMu perlindungannya perlindunganMu.  Ya Allah, Jika rezek masih di langit turunkanlah, Jika di Bumi keluarkanlah,  Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.  Berkat waktu dhuha kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,  Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Panduan Solat Dan Doa Dhuha 14

Panduan Solat Dan Doa Dhuha 15


Waktu Solat Dhuha Dan Cara Melaksanakannya

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

1.  Niat

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i     Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii   As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii  Al-lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i    Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii   Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3. Bacaan Semasa Sujud Akhir

4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali

5. Berdoa

Kelebihan Solat Dhuha

Umum mengetahui bahawa solat ini dikaitkan sebagai amalan yang dapat membuka pintu-pintu rezeki. Dengan mengamalkannya, seseorang itu akan memperolehi rezeki yang melimpah-ruah serta hati yang tenang.

Harus diingatkan di sini bahawa rezeki itu tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit dan harta benda sahaja. Ia juga boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti:

  1. Solat sunat yang sangat dituntut
  2. Dikurniakan kesihatan tubuh badan.
  3. Ibadat disukai Allah SWT
  4. Rezeki yang mencukupi serta berkat.
  5. Anak-anak yang soleh dan solehah.
  6. Dapat mengerjakan ibadat umum dan ibadat khusus.
  7. Dipermudahkan urusan dalam seharian kehidupan sebagai seorang Muslim.
  8. Menggantikan sedekah
  9. Disiapkan rumah di syurga
  10. Diampuni Dosa yang terdahulu
  11. Mendapat pahala umrah
  12. Menenangkan hati
  13. Masuk syurga dari pintu istimewa
  14. Menarik minda dan aura positif
  15. Doa mudah dimakbulkan

Menjadi satu kemestian bagi setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah agar melaksanakan solat sunat Dhuha pada setiap hari. Ini kerana, ia merupakan sebagai satu tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT terhadap segala nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita termasuklah nikmat sendi-sendi di dalam badan kita ini.


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Panduan Solat Dan Doa Dhuha…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.