Home Artikel Doa Sebelum Dan Selepas Baca Al-Quran

Doa Sebelum Dan Selepas Baca Al-Quran

12134
0
Doa Sebelum Dan Selepas Baca Al-Quran

Membaca al-Quran dengan bertajwid adalah wajib. Lantaran itu, bagi sesiapa yang ingin membaca al-Quran, wajib ke atasnya mempelajari ilmu tajwid yang asas dan ini bagi mengelakkan dari tersilap ketika membaca yang boleh membawa kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan keduanya adalah kesalahan yang besar dalam pembacaan al-Quran. Ini juga berdasarkan kepada kaedah:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Maksudnya: Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu perkara, maka perkara tersebut juga menjadi wajib.

Adapun mempelajari ilmu tajwid secara mendalam dalam bidang, maka ia merupakan fardhu kifayah. Jika ada seorang atau sebahagian dari masyarakat telah mempelajarinya, maka gugur kewajipan ke atas mereka yang lain. Namun, jika tiada yang mempelajarinya, maka semua menanggung dosa atas sebab meninggalkan kewajipan tersebut.

Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan Al Quran. Setiap Mukmin perlu menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai amalan harian yang tidak sesekali diabaikan. Di sini disediakan Doa Sebelum Dan Selepas Baca Al-Quran dan juga kelebihan membaca Al Quran….semoga bermanafaat

Doa Sebelum Membaca Al-Quran

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيَّ حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيَّ مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ وَذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ يَا ذَا ﭐلجَلاَلِ وَﭐلإِكْرَامِ

Maksudnya:

“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”


Doa Selepas Membaca Al-Quran

Doa Sebelum Dan Selepas Baca Al-Quran 7

Maksudnya:

“Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam.”

Doa Sebelum Dan Selepas Baca Al-Quran 8

Doa Sebelum Dan Selepas Baca Al-Quran 9


10 Kelebihan Membaca Al-Quran

  • Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak.
  • Al-Quran sebagai pembela.
  •  Orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan.
  • Dua pahala bagi orang yang susah menyebut dan membaca Al-Quran.
  • Allah s.w.t. mengangkat martabat golongan pembaca Al-Quran.
  • Membaca Al-Quran mendapat ketenangan.
  • Membaca dan memperelokkan bacaan mendapat kebaikan.
  • Fasih membaca Al-Quran lebih layak menjadi imam solat Jemaah.
  • Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
  • Memperelokkan suara dengan Al-Quran.

Banyak hadis-hadis nabi menerangkan kelebihan membaca Al-Quran. Jadi, jelaslah Al-Quran bukan sahaja mukjizat tetapi memberi kelebihan kepada pembacanya. Membaca Al-Quran dengan memahami makna tersurat dan tersirat mampu menyentuh hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan dengan keindahan bait-bait ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika solat.


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Doa Sebelum Dan Selepas Baca Al-Quran…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.