
Himpunan Kertas Kerja Dan Laporan Sukan Tahunan, Merentas Desa Dan Sukan Tara – Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Memandangkan hakikat tersebut sekolah perlulah mempertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh di dalam bidang kokurikulum. Pihak pengurusan sekolah juga perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan ‘Majulah Sukan Untuk Semua’. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.
- Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tara
- Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tara 2017
- Laporan Kejohanan Sukan Tahunan – Contoh 1
- Laporan Kejohanan Sukan Tahunan – Contoh 2
- Laporan Kejohanan Sukan Tahunan – Contoh 3
- Laporan Kejohanan Sukan Tahunan – Contoh 4
- Laporan Kejohanan Sukan Tahunan – Contoh 5
- Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Setiu 2020
- Kertas Kerja Sukan Tahunan SEDAR 2020
- Kertas Kerja Sukan Tahunan SK Sungai Soi
- Temasya Sukan Tahunan 2020
- Kertas Kerja Merentas Desa 2020
- Laporan Merentas Desa
- Dokumentasi Kejohanan Merentas Desa
- Borang Hakim Merentas Desa
- Peraturan Merentas Desa MSSM
Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang. Olahraga
merupakan teras kepada aktiviti sukan di sekolah yang secara tradisinya akan dianjurkan setiap tahun. Sebagai acara penting yang sepatutnya menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah, maka olahraga perlulah dikelolakan dengan terancang dan sempurna serta pada masa yang sesuai. Kejohanan olahraga sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.
Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini. Aktiviti sukan juga akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Di harap dengan adanya Himpunan Kertas Kerja Dan Laporan Sukan Tahunan, Merentas Desa Dan Sukan Tara Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan di sekolah seharusnya boleh merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ini secara sistematik, cekap dan berkesan berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan.
Related Post :
- eOperasi Login Modul Pengurusan Guru
- Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- SAPS Ibubapa 2020 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- SAPS Ibubapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- Login SGMY Sistem Guru Malaysia
- Login APDM eKehadiran
- Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online
- SSO Single Sign On Kementerian Pendidikan Malaysia
- Login PAJSK – KPM
- Login SSDM – KPM
- Login ePangkat – KPM
- e-Penyata Gaji dan Laporan